Ahad, 8 November 2009

HARI KELUARGA SKSDD 09 DI TELUK RUBIAH & GOLF RESORT LUMUT PERAK

Sabtu 07 Nov saya dan hubby berkesempatan untuk menyertai Hari keluarga SKSDD 2009 yang diadakan di Teluk Rubiah & Golf Resort Lumut Perak . Hubby(cap kuning) bagi support kat anak lelaki 3 tahun tu utk acara bawa belon. Untuk hubby pulak , acara pecah belon lawan direka khas . Hubby dah sedia nak main di kakinya tu ada belon warna merah.





Ahad, 1 November 2009

Sedikit Idea untuk hidangan makan beradab


Buah-buahan kalau tak pandai ukir pun tak pe. kita guna teknik cucuk pakai lidi dengan berbekalkan nenas , oren dan buah anggur juga sedikit cili besar. Saya dah cuba di majlis perkahwinan anak saudara Farah Hanan 31 Oktober 2009.Kira okay la daripada letak
buah gitu jer.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Warna merah memang pilihan. Disuruh pilih warna lain, tak pulak mahu warna lain. Gerammmm!Asyik merah, oren tulah pilihan. Tak pelah asalkan boleh pakai . Bergaya ketika berada di Waterfront Lumut. Haziq Hadifhazmi (abang) dan Haziq Zamirzahwan (adik) . Tak dapat pegang ikan betul ikan batu ni pun jadilah .

Suamiku

Riadah menjadi kegemaran suamiku.Berdarah pahlawan Bugis dari selatan tanahair Bukan sahaja berjoging , malah aktiviti menebang pokok kelapa sawit juga boleh dilakukannya dengan hanya berbekal tulang empat kerat, suamiku mampu menumbangkan pokok tersebut . Di dalam gambar ini , adalah salah satu aktviti hujung minggunya untuk menumbangkan pokok kelapa sawit.

Khamis, 8 Oktober 2009

JUARA KAMI


Lahir pada 20 Novembe 1997 adalah cahaya mata pertama kami berdua setelah setahun setengah mendirikan rumahtangga.
Alhamdulillah, dengan bakat yang diasah bersama guru, minat dan usahanya sendiri, Liyana Irdina telah berjaya menjadi Johan Negeri Perak ( Tulisan Jawi) Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Perak dalam Mahrajan Kesenian Islam Negeri Perak 2009 yang telah diadakan di SM Teknik Manjung. Tahniah anakku, kerana telah mengharumkan nama sekolah juga ayahmu!

USRATI JANNATI

Salam ukhwah daripada kami sekeluarga.

Seandainya Mokhtar al-Bukhari ada segunung permata untuk disedekahkan , cukuplah bagi kami sekuntum senyuman kami sedekahkan untuk anda .. kerana senyuman itu ikhlas dari kami.

Keluarga bahagia ialah keluarga yang di dalamnya ada impak al-Quran dan al-Sunnah. Kebahagiaan berteraskan harta akan berlegar dengan ketidakpuasan. Kebahagiaan bertongkatkan iman akan membantu perjalanan sehingga saat ain bertemu khaliq di persada akhirat saat disaksikan al-Ridhuan...Insya Allah..
Mudah-mudahan kami akan menjadi keluarga yang bahagia...Doakan.Insya Allah. Terima Kasih.