Rabu, 24 Mac 2010

Mencari idea di Nilai 3

Pintu gerbang Nilai 3 ni pun sempat ambik. Gitulah aku dan suami . Tiap kali balik dari Batu Pahat , aku x lepaskan peluang untuk singgah di Nilai 3. Bukan apa , saja servey produk terbaru perkahwinan sebab aku cenderung ke arah itu. Lagi pulak suami pun "sporting".
Antara kedai alat perkahwinan yang aku selalu singgah . Memang di sinilah bermulanya idea aku untuk melatih jejariku untuk buat hantaran sekadar untuk ahli keluarga saja sebab aku x berani nak promosi pada orang lain.

Pertunangan Pak Uda Seri Medan Batu Pahat 15 Mac 2010

Aku cuba guna idea & kreativiti dengan kos yang amat minimum untuk pertunangan adikku. Biar ia nampak "gempak" dengan kos yang sederhana. Bagi memudahkan rekaan baju kurung untuk si jantung hati, letak je dalam kotak sebab baju warna tak senada dengan tema hantaran (merah +putih).
Ni pulak tempat cincin dan sedikit tanda mata berbentuk duit untuk si jantung hati . Bagi orang Johor, banyak mana duit yang diberi di hari pertunangan , itu bermakna banyak itulah wang hantarannya. Contohnya kalau duit masa pertunangan tu kita letak RM80 tu maksudnya wang hantarannya RM8000. Itu kata mak mertua aku sebab aku orang Perak . Tapi dalam gambar ni nampak banyak duit RM1 sebab duit merah aku letak di belakang . Alasannya biar ia kelihatan kontra dengan warna merah kotak duit tu yang aku beli dengan nilai RM 1. Ditepi kotak pulak aku lekatkan coklat bentuk duit kononnya macam ada banyak harta karun dalamnya. Nasibla kalau coklat tu cair.

Ni pulak tempat bunga rampai yang kini makin orang tak hiraukan. Walhal inilah aroma yang paling aku suka jika kita letak barang-barang hantaran dalam bilik. Wangi semacam. Ala- ala pengantin gitu . Dengan gaya yang ku rasa agak mengamcam gitu aku belikan 3 biji gelas berkaki tinggi untuk diletakkan bunga rampai di dalamnya.




Manisan yang tak pernah terabai semasa majlis pertunagan . Aku gunakan gula - gula strawberi . Harga RM8 ada 40 biji gula-gula strawberi . Tengah-tengah aku letak balang dan dalamnya aku tabur gula-gula hudson . Kan hudson ada yang warana merah. . So gitulah jadinya ......
Manisan kedua. Wafer dalam kotak dan gula-gula.OK what!

Jumaat, 12 Februari 2010

Pertunangan Zaid Harithah

07 Februari  2010 di Bukit Raja . Kak Yong bersama bakal menantu. Juga sedikit idea untuk hantaran pertunangan 

Isnin, 28 Disember 2009

Ahad, 8 November 2009

HARI KELUARGA SKSDD 09 DI TELUK RUBIAH & GOLF RESORT LUMUT PERAK

Sabtu 07 Nov saya dan hubby berkesempatan untuk menyertai Hari keluarga SKSDD 2009 yang diadakan di Teluk Rubiah & Golf Resort Lumut Perak . Hubby(cap kuning) bagi support kat anak lelaki 3 tahun tu utk acara bawa belon. Untuk hubby pulak , acara pecah belon lawan direka khas . Hubby dah sedia nak main di kakinya tu ada belon warna merah.